Wednesday, January 05, 2011

Hehe so cute!




Movements of the Baby During Pregnancy
The very initial pregnancy in the life of a woman brings a number of fears to one’s mind, however the first baby movements during pregnancy is a significant mark of the pregnancy and just thinking of the baby’s safety inside the mummy’ tummy eliminates all fear. When these movements develop into vibrant kicks, you enjoy receiving hits from the feet and being touched by your baby.

What Causes the Baby’s Movement?
As your infant continues developing, he/she is bound to flex and stretch his/her tiny limbs. As your pregnancy progresses further, you will start feeling movements that are more obvious such as punching, rolling and kicking. Your baby has a likelihood of moving in response to either your emotions or noise in general.

Movement Felt During Pregnancy
How frequent should the child move?
This question has no correct or incorrect answer, but there is one definite thing; the movement of the baby is not continuous. In their most initial stages, the fetal movements are likely to be considerably intermittent to an extent that recognizing them for their real self may be utterly impossible. At certain times, it is just when the baby grows stronger and starts to produce kicking and thumping movements that the sensation of the baby’s movement inside her is first experienced by the mother.

What Do Prenatal Visits Entail?
The doctor starts by having a talk with you regarding your health history besides how you feel physically. Your weight will be determined while the bloods pressure will be taken on each visit.

When you visit for the first time, you are highly likely to have an examination of the pelvic to check out the shape and size of the uterus or womb and if required, a Pap smear for checking signs of cervix cancer at the opening of the womb as well as cultures for checking out infections. Blood and urine tests may be carried out on your first visit or later again.

Movement of the Fetus During Pregnancy
Feeling the baby movements during pregnancy like baby twisting, wriggling, punching, kicking and hiccupping is simply among the biggest thrills during pregnancy (and it actually beats puffy feet, heart burn, aching back and the other various hallmarks that the nine months of pregnancy entails). It is not likely that there is a better way of proving the existence of an impressively energetic and brand-new life within you.

Monitor the Baby’s Kicking
Once the kicks are regularly felt, attention should be paid to them besides your practitioner being immediately informed once a reduction in the movement of the baby is noticed. A problem may be signified by less movement and this may necessitate a biophysical profile or non stress test to check out the condition of the baby.

Counting The Baby’s Movements
A kick chart can be referred to as a grid or graph that is printed on a paper that comprises spaces for recording the baby’s daily movements normally after 28 weeks or seven months of pregnancy. Kick charts in Australia are mostly used for those women with a tendency of expressing concern regarding the movement of the baby. When experiencing baby movements during pregnancy, such kick charts may also be used by women with a condition regarding their health or complications in their pregnancy that may increase the risk of their baby being sick after birth.

Sunday, June 27, 2010

BUKIT JALIL
26-27 JUN 2010
10pg - 10 mlm





































Tuesday, August 18, 2009

AL- FATIHAH

13 Ogos 2009 perginya ke rahmatullah vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim. Pemergiannya pasti amat dirasai khususnya kepada penggiat2 nasyid tanah air. Antara nasyid2 yg ada aku mmg paling suka suara ustaz asri..munif hijjaz dan nazri raihan.. mcm suara asri sbb dari sekolah dulu mmg glemer gn nada murni..siap dtg sekolah buat persembahan.. masa uia pon ada jugak join xtvt dgn ustazah kat kafa kat taman tun yg melibatkan persembahan kump Rabbani..
14 ogos..otw gi keje..dlm kete..kebanyakan stesen radio pasang lagu2 rabbani.. lagu yg paling glemer aku rasa "PERGI TAK KEMBALI".. rasanya semua kanak2 pon pandai ikut lagu ni. Biasanya bila dengar lagu ni rasa mcm lagu happy pulak sbb lagunya yg rancak..padahal liriknya bukanlah sesuatu yg happy..tapi sesuatu yg mengingatkan kita pada kematian. Dan pada pagi itulah aku benar2 menghayati lirik lagu tersebut.. yg didendangkan sendiri oleh sesorang yg benar2 telah pergi untuk selamanya..sungguh sayu.. tak tertahan air mata.. selalunya pagi2 driving wpon jam..aku selalu gelak2 sbb dengar panggilan hangit la... apa2 ajelah yg melucukan.. kdg2 risau org2 sebelah kata dia ni tak betul ke apa gelak sorang2.. tapi pagi tu menangis pulak.. sama2 kita hayati lagu ini...




Pergi Tak Kembali
Album : Munsyid :
Rabbanihttp://liriknasyid.com

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


kemudian esoknya lagi.. dengar lagu KAU SAHABAT KAU TEMAN pulak dendangan Hijjaz.. aduh semuanya menyentuh jiwa.. sedeyyyy...

KAU SAHABAT KAU TEMAN

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu

Sahabatku
Akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

******

dan apa yg pasti..masa kita juga akan tiba.. al- Fatihah untuk arwah ustaz Asri..

Thursday, July 30, 2009

BERAKHIRLAH SATU PENANTIAN

Hari ini..kutelah kembali memakai baju cottonku...
setelah 4 bulan ku tidak bertemu dgn kainku..yg kuhantar oter ke kedai itu..
setelah berpuluh2 kali ku masuk ke kedai itu dgn senyuman dan bertanya.. dan setelah berpuluh kali jglah ku menerima jawapan yg sama.. "belum lagi yang..dah ada nanti akak bgtau"..
bulan pertama dan ke2 ku masih bersabar..kerna ku tahu.. iyelah, kain oter mmg lambat dibuat berbanding tempahan yg baru...ok acceptable.. namun pabila masuk bulan ke3..ku mula hilang senyuman ketika melangkah ke kedai itu..lebih byk soalan yg ku ajukan.. namun jawapannya masih sama.. "belum lagi..akak bgtau kalau dah siap..bos akak xde"
ku tunggu dan tggu belum jua ada jemputan utk ku kedai itu..
maka soalan2 ku mula tidak disenangi oleh penjaga kedai itu.. nampak muka aku melangkah masuk pon telah mengubah riak wajahnya.. aku mula hilang sabar.. kuminta contact no bos tidak diberinya.. apatah lagi di mana kedudukan sebenar tailornya juga, tiada siapa yg tau.. kononnya "akak sendiri pon x pernah pegi dik.." ok..tp sebenar2nya selama ni udah tanya ke belum? asyik jawapan yg sama..bos xde..bos xde.. kalau dh bz sgt bosnya.. kenapa tidak digajikan org lain..bos sorang saje ke tau buat keje..abes baju2 yg lain yg dah siap boleh je sampai kat kedai..sape yg hantar tu? dia terbang sendiri barangkali..

pabila lebih 3 bln.. ku minta pulangkan aje kainnya..tak oter pon xpelah.. jika ditunggu2 setahun pon mungkin masih jawapan yg sama.. lebih 2 mggu ku tunggu masih juga tak dtg kainnya.. "akak dh ckp dah..tp belum ada lg..bos akak xde skrg..nanti akak call la bgtau kalau dah ada" mula2 cakap dah bgtau..bila ku tanya.. apa jawapannya? ku cuma inginkan kepastian kain ku masih wujudkah disitu, belum jumpakah..atau dah jumpa tp xsempat buat kah..almaklumlah semenjak mendapat projek besar daru jusco, tempahan kecil2an dari customer tetap ini pon tak dipandang sebelah mata.. kemudian jawapannya lain pula.."itu la akak belum jumpa lg bos sbb dia xde, nanti akak bg tau la.." kejap dah kejap belum..
lama2 kuberi kata dua.. sampai minggu sekian2 kalau xde bayar je ganti rugi.. pon masih liat..disuruhnya pula..jgn kekedai lg serang2 dia, kalau ada dia call..ater nk tggu kalau ada nya bila?? kemudian diberinya target 1 bulan utk setelkan..ok fine..at least dia ada target.. yg herannya..kalau serius mencari, takkan paling lama seminggu pon x jumpa.. nampak sgt x ambil berat hak pelanggan.. akhirnya berbekalkan ayat yg mesra tp bersifat ugutan dari sahabatku yg juga menerima nasib yg lebih krg sama..cuma lain sikit kesnya..maka dapat jua disetelkan dlm masa lbh 1 minggu.. ayatnya juga lebih mesra alam selepas ugutan itu "korang xpayah la nk report2 ni..benda KECIK je.. petang ni dtg amik duit..kain rohaida pulak jumaat ni dtg ambik.. akak dh anggap korang mcm kwn2..bla bla bla" hmm...boleh pulak..
kemarin telah kuterima kain ku itu.. bentuknya masih sama..cuma warna dan baunya sgt busuk.. bau asap ubat nyamuk barangkali.. kurendam 3 kali dgn air sabun barulah hilang baunya..rendaman pertama amat keruh airnya.. kemudian 1 kali rendaman softlan.. maka oklah kain ku itu..alhamdulillah... namun ku tidak akan berkunjung ke kedai itu lagi, titik!

Friday, July 10, 2009

kembali lagi....

Salam kengkawan..

Lama sungguh x update blog ni...dh makin malas start dari bz awal tahun...pastu dh join fb..trus la malas nk update sini..
tapi kali ni saja nk cerita kat sini..malas nk letak gambo ni kt fb sbb ramai member2 kat obersi...kang ada yg kempunan..nak pulak ada yg tgh pregnant..kang ngidam x dapat ciann dia.. hehe..kat sini x ramai kot yg masuk..

sekarang ni kan musim buah..dah nk abih dah pon.. aku dh lama nk balik kg..tp lom ada kesempatan. Tiap2 kali call kg, tnya depa tgh watpe tu...mesti tgh makan buah tu la..buah ini la.. tension gue.. pastu dok tnya bila nk balik? xdak sapa2 nk balik sana ka..nk kirim? buah nk abeh dah ni...uwaaa..lg tensen.. mmgu depan hubby ada meeting kat AS (alor setar okay..bkn amerika syarikat ye..)..mula2 dengar tu aku yg happy..kunun2 nk amik cuti ler balik skali..mkn buah.. lepas 10 saat baru teringat alamaaak..minggu tu ada training lak semingguuuuu..adeh laa..malang betul.. sebenornyer..kat pasar mlm kat sini pon dh byk dan murah...tap xtau laa..xdak feel la mkn yg beli.. kalo kat kg leh makan kat bawah pokok....x pon ayah g amik kat dusun..kita tggu makan kat umah hehe (pemalasss)..tp yg pasti fresh from the tree..hehe...
so lama2 aku pon pasrah je laaa.. x balik pon xpelah..nk buat caner..dh nasib..
kemarin biras aku nk bersalin..so family mertua aku kat kedah nk blk sg buloh.. aku pon bgtau la ayah.. depa nk balik sini...kalau buah byk g, kirim la skettt.. pastu esoknya call lagi bgtau mak, jgn byk2 tau..depa ramai tuuu..penuh avanza..bawak balik wan skali.. manggis + rambutan sket dah la..durian xyah la..beli sini ja..mak pon iyaa..iya..iya..durian mmg xdak dah..nk abeh dah.. aku pon okay...
Pastu dah maghrib tu hubby call la mak tnya dah sampai mana dah?...skali depa kata buah sampai 4 guni ayah aku bagi. durian pon ada!! haaaa??? biaq betoi?? cemana sumbat dlm avanza tu? dah la ramai.. siannyer.. pastu mak mertua aku kata.. itu laa depa dah terkejut dh tgk ayah wak keluar satu..satu..pastu abah tnya... ni mana yg paling mustahak ni?? (dlm erti kata lain...bg 1 dah laaa..)pastu mak aku cpt je jawab..semua tu penting tuuu...hahaha..nk kata apa..sumbat jgk laaa..smpai yg duduk belakang tu xleh letak kaki..sampai2 mlm tu pakat lenguh.. kesiannye la hai..

errr inilah guni2nyaa..

sib baik la durian bg sikit je..

Monday, January 19, 2009

Rakyat Malaysia tidak agresif boikot produk AS, Israel?
Oleh ZULKIFLI JALILpengarang@utusan.com.my

DI tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur berhampiran Kuala Lumpur City Centre semalam, Setiausaha Gabungan Badan NGO Malaysia, Mohd. Jurit Ramli hanya sekadar mampu menggelengkan kepalanya.
Di kafe-kafe makanan Barat berjenama Amerika dan Israel tetap sesak dikunjungi. Di dua restoran ayam goreng terkenal, pemandangannya juga sama. Nampaknya, kempen memboikot sama ada produk Israel atau Amerika sejak empat hari ini sebagai tindak balas kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Palestin, tidak berhasil.
''Lebih menyedihkan lagi, menerusi pemantauan anggota-anggota kami dalam kempen boikot produk Israel di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor Bahru ini, turut sama kelihatan di restoran dan kafe ini adalah kelibat pelancong Arab.
''Rakyat kita tidak kisah nasib rakyat Palestin, memanjang penuh restoran-restoran itu," keluh Mohd. Jurit, 38, yang melepaskan perasaannya dalam kunjungannya ke pejabat cawangan Utusan Malaysia di Putrajaya, baru-baru ini.
Mohd. Jurit, yang mengendalikan badan yang menaungi 150 NGO dengan keanggotaan 50,000 orang itu membawa penulis kepada pengalamannya sewaktu bertugas menyertai misi pengaman Malbatt 3 di Bosnia pada 1995/1996.
''Dalam kancah peperangan Serb-Bosnia ini, manusia hidup melarat, anak-anak menjadi yatim piatu sekelip mata berceleparan di jalanan. Saya dapat menyelami sendiri penderitaan penduduk Palestin kerana semasa bertugas di Bosnia, banyak pengalaman melihat mangsa perang melekat di kepala sampai ke hari ini.
''Acap kali penduduk Bosnia ini akan singgah di kem kami untuk bertukar-tukar barang atau dalam bahasa sana dipanggil 'poklon'. Kami tukar barang-barang perhiasan atau gambar dinding mereka dengan beberapa buku roti dan makanan," kata bekas koperal itu.
Paling menyayat hati beliau adalah apabila menemui banyak anak kecil di taman perumahan dekat Konjic dan Kosovo yang menangis kelaparan di sisi mayat ibu bapa dan anggota keluarga dewasa sambil tembakan terpapar di dada dan kepala.
''Kami yang pernah bertugas di negara-negara yang dilanda konflik peperangan ini menyelami dan faham erti penderitaan penduduk Palestin ketika ini. Tapi apabila berada di tengah-tengah Kuala Lumpur semalam, hati saya macam disiat-siat kerana kempen boikot produk Israel dan Amerika ini memang tiada kesan, terpaksalah kena fikir cara lain," katanya.
Ketika melihat situasi ambil mudah sebilangan warga kota terhadap kempen boikot produk itu, Mohd. Jurit mengandaikan mereka seolah-olah sudah 'diprogramkan' untuk tidak berasa apa-apa kesengsaraan penduduk Palestin. Kerana itu, apabila gabungan NGO beliau mengadakan demonstrasi menggesa kerajaan jangan melayan desakan pihak tertentu supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan, Mohd. Jurit pada masa sama meminta rakyat Malaysia memikirkan risiko yang bakal dihadapi jika ISA ditiadakan.
''ISA ini perlu untuk menjamin ketenteraman awam dan negara keseluruhannya. Bagi pihak yang mendesak supaya ISA dihapuskan, saya cabar mereka jangan asyik gesa tu, desak ni dalam 'aircond', salinlah pakaian mereka dengan baju tentera, kemudian ke medan perang jika suatu hari nanti ketenteraman negara tidak terjaga tanpa satu akta pencegahan seperti ISA," katanya.
Mohd. Jurit dan ahli-ahli NGO beliau tetap mengetepikan ayam goreng dalam menu anak-anak atau singgah di kafe yang menjadikan eskekutif muda 'pejabat kedua' menghirup kopi petang mereka.
Walaupun antara alasan popular diterima 'kalau aku seorang sahaja yang boikot, tak menjadi juga', Mohd. Jurit masih bertekad meneruskan pemantauan itu.


******************
Aku pasti mmg ramai yg gunakan alasan popular tu... bagi aku itu semua alasan semata2.. nak seribu daya taknak seribu dalih. Sebenarnya mcm2 pendapat juga yg aku dgr perihal isu boikot ni.. Ada yg tak setuju sbb katanya nanti tempiasnya kena pada org kita juga..syarikat2 pengeluar produk2 tersebut gulung tikar, maka pekerja2 tempatan juga yg menganggur.. mungkin...tapi itu mungkin kesan awal dari tindakan boikot ni..kalau kita semua beralih pada produk2 tempatan dan lebih baiknya jika ada pilihan..produk muslim sendiri..satu hari nanti syarikat2 ini pasti berkembang dan akhirnya memerlukan penambahan pekerja..maka pekerja2 yg menganggur tadi boleh beralih kepada majikan yg tidak berpaksikan yahudi/AS.. buat apa nk kerja dibawah syarikat yg menyumbangkan dana mereka untuk menguasai dunia..untuk membeli senjata dan melakukan kekejaman. Kita haruskan kurangkan kebergantungan kita terhadap sesuatu pihak tertentu shj. Kalau pun kita tidak pasti mungkinkah ini semua balasan Allah terhadap pihak2 tertentu yg ditimpa bencana atas kesalahan mereka.. itu kita serahkan kepada Allah SWT.. bukan kerja kita untuk menilai itu semua..yg pasti kita berhak untuk tidak meyokong pihak yg jelas lg nyata melakukan kekejaman demi kekejaman. Sememangnya kita digalakkan mempergunakan kepandaian dan kemahiran yg dihasilkan oleh pihak yahudi dan sebagainya tetapi tidak semestinya kita menggunakannya secara direct.. ada lagi cara lain yg boleh dipraktikkan. Kita boleh ikut kaedah atau teknologi itu semua selagi ia mendatangkan kebaikan untuk kita..jika kita mampu lakukannya sendiri..kenapa tidak? Kenapa kerajaan sendiri tidak menyekat kemasukan produk2 tersebut? Ya..sepatutnya itu lebih baik..tapi memandangkan itu semua tidak boleh diharap, kerajaan kita tidak boleh berbuat demikian atas sebab2 tertentu, kita ambil tindakan secara individu. Jangan sangka tindakan secara individu kita itu kecil.. tapi mungkin besar pahalanya disisi Allah.. wallahualam.

Berkenaan alasan popular itu pula... ramai yg komen..ala kita je yg dok boikot..org2 besar..VIP2..mak datin mak datin semua tu nak ke guna barang jenama tempatan atau cap ayam? Pendapat aku...Lantak la diorang!! Memang rasa berat sbb mungkin sejak dari kecil kita diperkenalkan dan dibesarkan dgn susu cap A... maggi cap B.. sabun cap C.. Tapi tak mati pon kalau kita beralih angin. Pada aku tindakan ni lebih berkesan daripada demonstrasi jalanan, membuat kenyataan mengecam/mengutuk... ingat diorang heran sgt ke setakat buat kenyataan mengecam/mengutuk ni.. diorang tak peduli walau siapa pon yg membuat kenyataan tersebut sebab mereka ada wang dan kuasa. Sememagnya tindakan boikot ni tak akan memberi kesan jangka pendek terhadap mereka tapi kesan jangka panjang terhadap kedua2 pihak. Apa pun aku akan cuba selagi terdaya, insyaAllah. Yang mana dapat kita elakkan dan cari alternatif lain kita harus lakukan..Anyway this is my personal opinion..terserah masing2..

Wednesday, December 24, 2008

Goodbye 2008

baru balik dari penang ahad lepas
esok lak balik kg sampai new year
so nanti lah update skaligus
jumpa tahun depan yaa..babai 2008 !